Pages

Sunday, 19 May 2013

Tak seram tapi sedih



Pagi tadi masa urut tangan abah, tertengok iklan kat tv.. 

Iklan cerita seram 'I MISS YOU'.. Jam 11 malam ni..

So, apalagi siap pesan dengan adik.. 

'Malam ni, Along punya turn tengok cerita seram..

Kalau tak diorang jer yang mengadap tv..

Dah lama tak layan cerita seram.. 

Punyalah excited.. Dalam excited tu ada jugalah perasaan takutnya..

Maklumlah mula-mula tengok dengan adik..

Tapi adik kata tak seram, dia pun masuk tidur..

So, saya tengok seorang diri..


Mula-mula ingatkan seram.. 

Tapi sebenarnya taklah seram sangat..

Romantik campur sedih..

Inilah firstime tengok cerita seram sampai menitis air mata..

Haha..


Tapi, memang best lah cerita ni..

Pelakon pun hensem dan cantik..









Malas nak taip sinopsis..

Tengok sendirilah yer..

Hihi..


Thursday, 16 May 2013

Selamat Hari Guru







Di kesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Hari Guru buat guru-guru saya semasa saya belajar dan bertugas sebagai guru sandaran di sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Kuala Pomson. Sekolah lama saya.


Terutamanya buat cikgu Zuraidah binti Hussin sebab saya suka tengok cikgu dari dulu lagi. Terima kasih juga dengan lukisan yang cikgu bagi kat saya. Saya simpan sampai sekarang. Dan saya masih ingat waktu saya bertugas sebagai guru sandaran dulu, cikgu pegang dagu saya dan cakap.. 


"Ha... kan manis senyum macam ni." 


Terkejut jugak.. Err... dalam hati saya, mungkin saya ni kelihatan susah nak senyum kot. Muka masam. Muka serius.. Tapi kenangan yang sangat manis.


Untuk guru-guru di Sekolah menengah saya, Sekolah menengah kebangsaan Abdul Jalil, Selamat Hari Guru.


Terutamanya pada cikgu matematik saya semasa di tingkatan 3, Puan Norehan. Cikgu Norehan suka senyum. Dan teringat pernah ditegur semasa waktu pembelajaran matematik. Waktu tu ada sesuatu yang menarik hati saya di luar kelas. Cikgu Norehan pula time tu tengah mengajar. Sekali cikgu Norehan tegur, " Mazira, pandang apa kat luar tu?" Alamak kantoi. Saya tersenyum sengih.. 


Pada cikgu Normala juga guru matematik saya form 5.. Ada kenangan bersama beliau. Sesudah selesai exam paper mate dan setelah menyemak jawapan yang saya berikan, saya buka helaian belakang yang kosong. Sementara nak tunggu masa habis. Saya tulis dalam bahasa jawi. Saya tak ingat detail apa yang saya tulis. Tapi saya tulis mengenai cita-cita saya nak jadi cikgu. 


Saya ingatkan cikgu Normala tak baca.. Sekali bila hari berikutnya cikgu nak bagi kertas soalan yang telah selesai disemak, cikgu tegur.. "pandai tulis jawi. Nanti dah capai cita-cita sebagai guru, bagitau saya yer." 


Dalam hati, alamak, cikgu baca ker.. Senyum lagi bila cikgu tegur..


Cikgu Normala ni adalah cikgu matematik saya merangkap warden asrama puteri. 


Selamat hari guru juga kepada pensyarah-pensyarah saya masa belajar di Institut Komuniti dulu. 


Selamat Hari Guru juga kepada kakak angkat saya, kak Siti Aminah Mat, 

kepada abang saudara saya, Abang Shahril dan Abang Bad (suami kak sedara), 

kakak saudara, kak shawal farizan dan husband, abang adi.. 

tak lupa juga pada sahabat saya, Azura Farina..



Juga kepada bakal-bakal guru, pengasuh, guru tadika, dan guru-guru di seluruh Malaysia..


Ikhlaskan diri. Berjuang sehabis baik untuk membentuk akhlak generasi masa depan. 




















Tolong saya, boleh tak?



Awak awak semua..

Saya nak minta tolong..

Tolong saya, boleh tak???


Saya ni sebenarnya dari zaman sekolah menengah suka dengar lagu rock dan metal.. Saya layan semua jenis lagu.. Tapi paling suka lagu yang dinyanyikan oleh XPDC, FTG, METALLICA.. Lagu-lagu yang berentak macam ni lah.. Tapi lagu yang tak terlalu bising lah.. Macam kumpulan inggeris Nirvana, memang tak suka.. muziknya bising..


Ingat lagi, zaman sekolah menengah dulu, hari jumaat dan sabtu rasanya, sanggup tak tidur dari jam 12 sampai 4 pagi. Dengar radio muzik kelolaan deejay Isma Halil Hamzah. Ni deejay kesukaan saya. Sebab dia akan bawakan lagu-lagu rock dan metal.


Dan sampai sekarang, saya sukar kikis hobi yang satu ni.. Kadang-kadang malam-malam, saya suka pasang cd kumpulan amuk. Tapi tak selalulah. Ikut mood saya. 


Lagu nasyid dan irama Malaysia pun dengar juga, cuma kalau mood masa tu nak dengar lagu rock atau metal je saya pasang lagu macam ni..


Kadang-kadang terfikir juga.. Salah ker dengar lagu rentak macam ni?


Saya lebih suka dengar lagu rentak begini sebab liriknya tak jiwang.. Liriknya berkisar semangat, nasihat, perjuangan. Kadang-kadang liriknya merapu.. Cuma muziknya agak keras. 


Bila saya bagitau kawan yang saya suka lagu rentak macam ni, diorang kebanyakannya akan berkata, "nampak lembut tapi suka dengar lagu rock dan metal." Ada pula yang cakap, "uih.. ganasnya." 


(Diorang yang cakap saya lembut.. saya tak cakap pun.. Lembut tang mana saya pun tak tau. Taknak amik tau pun. Saya tetap cakap saya bukannya seorang yang lembut. )


So, salah ker seorang perempuan dengar lagu macam ni????











Kata-kata best dari novel Perempuan Lindungan Kaabah.




TAJUK NOVEL : Perempuan lindungan kaabah

PENULIS : Hana Ilhami

HARGA : RM 28.00



Muka depan


Muka belakang

Bahagian best pertama.

Sejurus sahaja bersiap, Fareez segera keluar daripada biliknya. Sayang, pemergiannya tidak diiringi Hanan. Hatinya sedikit kesal dengan apa yang berlaku. Fareez akur semuanya berpunca dari dirinya sendiri. Kalau dia bertegas dengan Sally, pasti ini semua tidak akan berlaku. Balik dari Johor Bahru nanti, aku akan selesaikan semua masalah ini. Begitulah harapannya.


Sebalik sahaja menutup kembali pintu biliknya, matanya tertumpu pada sehelai kertas yang tertampal. Dia tersenyum. Pasti dari Hanan. Ditariknya kertas itu dan membacanya.


Assalamualaikum abang, Hanan dah sediakan sarapan untuk abang di dapur.


Fareez segera ke dapur. Hatinya sangat gembira. Nampaknya Hanan sudah tidak marah lagi. Sesampainya di ruang makan dapur, dilihatnya ada sebiji thumbler.


"Kata ada sarapan."


Sedikit hairan kerana selain dari thumbler, tiada apa pun yang berada di atas meja. Tidak lama kemudian, baru dia perasan ada sehelai nota kecil yang ditindan di bawah mug. Diambilnya nota itu dan dibacanya.


Abang pergi dapur, dalam microwave ada sarapan.


Fareez menurut arahan yang diberi. Dia membuka ketuhar gelombang mikro dan di dalamnya barulah ada sarapan yang disediakan beserta dengan cawan sekali. Fareez tersengih lalu menggeleng. Macam main treasure hunt pula. Fareez dapati ada sehelai lagi nota yang disertakan. Nota itu siap berlipat. 


Jangan lupa adab makan. Baca doa makan.


Nota terakhir itu disertakan bersama dengan gambar senyum mengenyit mata sebelah. Fareez tersengih kerana tadi dia makan dengan tidak membaca doa makan.


Usai makan, dia segera keluar. Dia menghampiri keretanya dan Fareez ternampak ada sehelai lagi nota yang diselitkan pada wiper kereta. Sekali lagi dia tersengih. Kenapa Hanan nak main-main seperti ini? Tapi dia rasa comel pula apa yang dilakukan oleh Hanan ini.


Semoga selamat dalam perjalanan. Jangan lupa buat adab-adab perjalanan.


Bahagian best kedua.

"Sayang jangan sesekali melanggar arahan abang yang ni. Abang tak suka Hanan berhubung dengan Alex, faham?" Pesan Fareez.


Hanan menarik nafas panjang. Ternyata sifat ingin memiliki begitu kuat dalam diri Fareez. Kuat cemburu.


"Abang, Alex adalah sejarah silam. Bukan ke abang kata jangan ungkit sejarah silam? Membina sejarah baru itu lebih baik, bukan?" Soal Hanan kembali.


"Abang tahu. Tapi abang masih rasa tak selamat. Sesetengah orang memang suka membongkar sejarah lama walaupun dia tahu hasilnya bakal menyakitkan."


"Adakalanya sejarah lama dibongkar bukan untuk diulang. Cukup sebagai ingatan dan kenangan."


"Tapi dalam kes sayang, jangan kata nak ulang sejarah silam, nak dijadikan kenangan pun abang tak izinkan," jelas Fareez.


Sekali lagi Hanan menarik nafas panjang. "Abang cemburu?" soalnya kemudian.


"Ya, memang abang cemburu. Bukan sekadar dengan Alex, dengan sesiapapun abang pasti cemburu,"tegas Fareez lagi.


Hanan melekapkan tangannya ke pipi Fareez. Pipi suaminya dibelai seketika. "Percayalah.. selain dari Allah dan Rasul, dalam hati Hanan hanya ada abang."


Tangan yang membelai, Fareez genggam erat lalu dikucupnya.


"Sayang... always remember this. You are mine!"


Hanan mengukirkan senyuman.


"Bukan! Hanan adalah milik Allah. Abang juga milik Allah. Dia yang berhak menentukan sesuatu. Abang jangan bersikap ingin memiliki kerana semua yang kita ada bukan hak kita. Semuanya hak Allah. Apa yang diberikan oleh Allah kepada kita hanyalah dalam bentuk pinjaman. Bila-bila masa dia boleh menariknya kembali mengikut kehendak-Nya."





Best baca novel ni.. banyak kata-kata nasihat berunsurkan agama yang saya salin.. jadi saya nak kongsikan bersama awak-awak semua.. 



1) Lebih menyanjung orang yang hidup kaya dan serba kemewahan tapi masih mengamalkan cara hidup Islam. 


2) Bercampur dengan pelbagai kaum ni bagus. Boleh meluaskan pergaulan dan memperkaya pengetahuan. Cuma jangan diikut budaya mereka yang bertentangan dengan syariat Islam.


3) Dalam mengejar dunia, tanggungjawab akhirat jangan sekali diabaikan. Begitulah prinsip yang dipegangnya sejak dari dulu. Inilah prinsip yang perlu dipegang oleh orang Islam.


4) Pekerjaan dalam Islam dikira sebagai ibadat jika mengikut lunas-lunas syarak. Islam bukanlah agama yang mengongkong kehidupan penganutnya. Siapa kata Islam terlalu extreme? Sebenarnya tiada istilah extreme dalam Islam. Islam menganjurkan konsep kesederhanaan. Apa yang kita buat mestilah bersederhana.


5) Dalam Islam wanita tidak dilarang bekerja tapi dengan syarat :-
        a) Wanita hendaklah menjaga syariat serta auratnya dan tingkah lakunya.
        b) Elakkan bekerja di tempat yang dimonopoli oleh kaum lelaki supaya wanita dapat  
            menjaga adab pergaulannya.


6) Kalau menjadi penulis, kamu boleh menjadikannya sebagai medium dakwah. Kamu boleh mendidik masyarakat melalui penulisan.

Kalau menjadi pereka fesyen, kamu boleh mencipta baju-baju muslimah yang moden dan anggun tetapi masih menutup aurat dan sederhana.



7) Berfikir itu lebih baik daripada 60 - 70 tahun ibadat sunat.


8) Rezeki itu datangnya daripada Tuhan. Jadi untuk menunjukkan rasa kesyukuran sebagai hambanya, dia perlu mendahulukan solat.


9) Adakalanya dalam berdakwah, akhlak lebih bermakna daripada 1000 kata-kata.


10) Nak maju dari segi dunia, bukan bermaksud kita perlu jual agama. Bukan tak boleh enjoy tapi jangan sesekali membelakangkan syariat.


11) Apa yang kita rasa baik untuk kita tak semestinya baik pada pandangan Allah. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.


12) Tentang istikharah.. Solat istikharah ni memang kita buat untuk meminta petunjuk kepada Allah. Tak semestinya kita dapat petunjuk melalui mimpi. Tetapi adakalanya melalui perasaan hati. Hati akan rasa tenang dan yakin dengan pilihan kita itu. Maknanya itulah keputusan Allah. Kadang-kadang kita kena buat istikharah ni banyak kali sampai kita rasa puas hati dengan pilihan yang kita nak ambil. Walau macam mana pun, kadang-kadang apa yang kita pilih tidak seperti yang kita harapkan. Kalaulah berlaku yang sebaliknya setelah kita membuat istikharah, kita kena redha. Itu sudah ditakdirkan..


13) Cinta itu bukan bererti mencintai seseorang yang sempurna tapi bagaimana mencintai seseorang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna.


14) Kata Saidina Ali, jika kamu dapat mengislamkan seorang kafir, ia sudah cukup untuk memasukkan kamu ke syurga. Tetapi jika kamu dapat membawa seorang Islam yang lalai dekat kepada Allah, itu adalah lebih baik daripada kamu mengislamkan 10 orang kafir.

(Tugas membimbing orang islam yang jauh terpesong adalah lebih utama daripada menarik seorang kafir menjadi islam).


15) Kita ini hanya sekadar insan. Sebab itu Allah memberikan kita air mata untuk kita menyirami hati yang sedang membara. Bila kita menangis, insya Allah hati kita akan kembali sejuk dan tenang.


16) Perasaan cinta itu adalah anugerah daripada Allah. Kita tak perlu takut untuk mengakui akan kehadirannya. Perasaan cinta yang hadir itu bukanlah suatu dosa. Tapi mengawal perasaan cinta itu supaya tidak tersasar adalah suatu kewajipan.


17) Hendaklah kamu memohon pertolongan dengan sabar dan solat. Dan jangan kamu sangka kamu orang yang beriman selagi kamu tidak diuji.


18) Sebagai makhluk, kita memang lemah. Jadi tak perlulah risaukan sangat soal ikhlas. InsyaAllah, nawaitu awal kita itu Allah dah terima. Kalau kita rasa niat kita berubah, kita istighfar. Memang tak mudah untuk mencapai darjat ikhlas sebab kita bukan anbia' mahupun wali. Apapun kita kena berusaha untuk buat sesuatu itu kerana Allah walaupun terpaksa berpura-pura. Itulah namanya istikhlas.


19) Saat si suami leka dengan hiburan, bertemankan perempuan dan arak, si isteri solehah bermunajat di tikar sejadah meraih simpati dari sang Khaliq. Pukul 3 pagi adalah waktu yang mengasyikkan bagi pencinta kebenaran. Allah akan perkenankan segala permintaan dalam munajat doa para hamba.


20) Kalau berpura-pura dalam melakukan sesuatu, itu hipokrit. Tapi kalau berpura-pura dengan harapan untuk mendapat keredhaan Allah, itu istikhlas.


21) Sabda Nabi, menangislah ketika membaca Alquran. Jika kamu tidak bisa menangis, maka cubalah sedaya upaya untuk menangis. Jika tidak juga, buat-buatlah menangis.


22) Isteri boleh memina fasakh sekiranya suami mendatangkan mudarat pada isteri. Misalnya sebab tak sanggup lagi bersama suami yang tidak taat pada perintah agama. Pihak isteri juga boleh membuat tuntutan hak penjagaan anak-anak. Jika terbukti si suami atau si ayah tidak layak diberikan hak penjagaan, mahkamah akan memberikan hak penjagaan kepada si ibu. Layak ni bukan dinilai dari sudut material semata-mata. Apa yang paling penting dari sudut moral. Adakah anak-anak mampu dididik cara islam, diberi kasih sayang secukupnya.


23) Ramai lelaki kurang arif dalam hal ini. Mereka sangka talak adalah hak mutlak suami. Mereka juga menyangka isteri yang meminta cerai adalah isteri nusyuz. Sedangkan Islam bukanlah agama yang zalim. Islam menjaga kebajikan wanita. Isteri yang dizalimi berhak mendapat pembelaan. Dibenarkan meminta cerai.


24) Makan masakan yang dimasak oleh isteri ada keberkatan. Menambahkan kasih sayang.


25) Cinta itu bukan sesuatu yang lucu. Cinta itu mungkin menyakitkan tapi cinta juga amat membahagiakan. Cinta bukanlah suatu objek yang boleh dilihat dari mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.


26) Ikhlas itu umpama semut hitam yang berjalan atas batu hitam pada waktu malam.


27) Dalam hidup ini, adakalanya tak memerlukan kita membongkar sejarah silam. Ia mungkin lebih baik dibiarkan tertutup. Sejarah boleh menyakitkan bagi yang kalah tapi sejarah menjadi hebat bila ia ditulis oleh orang-orang yang menang.


28) Usai solat maghrib, Hanan menyempurnakan amalan hariannya iaitu membaca surah Al-mulk, sajadah dan waqiah. Surah Al-Mulk dan Sajadah sangat besar kelebihannya. Ia boleh membantu menyelamatkan si pembacanya dari seksaan kubur. Bila berada dalam kubur, ke mana lagi hendak lari sekiranya didatangkan dengan pelbagai ujian dan seksaan? Mampukah kita melarikan diri daripada kala jengking besar yang akan datang menggigit mereka yang didunianya tidak mahu mengerjakan solat. Mengingatkan siksaan-siksaan yang pedih, Hanan jadi takut. Tapi atas kerahiman-Nya, Allah menyediakan penyelamat yang terdiri dari kalam-kalamNya juga. Untuk itu, Hanan istiqamah dalam membaca surah-surah yang dijanjikan kelebihan oleh Allah. Sesungguhnya janji-janji Allah adalah benar.


29) Orang yang menjaga solatnya, Allah kurniakan 5 ganjaran. Pertama, Allah murahkan rezeki. Kedua, diangkat dari seksa kubur. Ketiga, menerima buku catitan da tangan kanan. Keempat, meniti titian sirat sepantas kilat dan kelima, dapat masuk syurga tanpa hisab.


30) Sentuhan tubuh amat penting bila memujuk. Lagipun Rasulullah juga kerap menggosok-gosok tubuh sahabatnya apabila bercakap dengan mereka.


31) Isteri kena pandai memikat hati suami. Suami ni suka kalau isteri pakai seksi-seksi sikit. Kalau siang malam berbaju kurung, boleh mati pucuk suami. Lagi satu, orang lelaki ni suka kalau kita berbau wangi.


32) Walaupun isteri bekerjaya, suami masih perlu bagi duit nafkah kalau mampu.


33) Kalau buat adab tidur yang diajarkan Rasulullah, kita bukan setakat tidur. Malah kita dikira dalam beribadat. Senang-senang aje dapat pahala. Tidur pun boleh dapat ganjaran 100 kali mati syahid.


34) Melaksanakan solat dhuha, insyaAllah dimurahkan rezeki. Rezeki ini bukanlah dalam bentuk wang ringgit atau harta kekayaan semata-mata. Kebahagiaan dalam hidup adalah satu bentuk rezeki juga.


35) Jangan biarkan api cemburu semarak tanpa dikawal sebab ia hanya akan menyusahkan dan membakar diri sendiri.


36) Solat Tahajud adalah solat sunat yang sangat disukai oleh Allah. Untuk merebut cinta-Nya, kita amalkan solat tahajud. Waktu ini hanya kita dan Allah sahaja. Mintalah apa sahaja dari-Nya , insyaAllah pasti akan dimakbulkan. Jika tidak di dunia, InsyaAllah ada bahagian kita di akhirat.


37) Hafizah itu merujuk kepada perempuan yang sudah hafal 30 juzuk Al-Quran. Alimah pula merujuk kepada perempuan yang berpengetahuan tinggi dalam agama.




Selesai sudah... Adeh.. penat makcik taip tau.. Tapi semua untuk awak.. awak.. dan awak semua.. bacalah.. nak lagi best... pi beli novel ni.. Saya jamin semua terhibur baca.. Kisah Hanan yang berkahwin dengan Fareez atas sebab dakwah. Menyedarkan Fareez yang dilahirkan Islam tapi jauh terpesong daripada ajaran Islam. Kisah romantik suami isteri, Hanan dan Fareez.. Suka dengan karakter Fareez yang romantik dalam novel ni.. Impian setiap isteri.. Hihi.. 


So, pergi dapatkan kat kedai yer..


Selamat Hari Ibu


Agak lewat rasanya untuk menulis entry Selamat Hari Ibu yang sudah berlalu 12. Mei yang lalu..

Apapun bukan tarikh yang perlu dilihat tapi isi disebalik apa yang saya paparkan melalui entry ini..


Memetik kata-kata dari Ustazah Fatimah Syarha...


Katakan 'ya' kepada silang budaya. Katakan 'tidak' kepada serangan budaya. (Syeikh al-Qaradhawi).


Hari Ibu suatu silang budaya yang baik. Seperti kita kadang kala mengambil budaya makan pakai sudu, pakai baju kot dan sebagainya. Islam tidak pun menegahnya. Para sahabat ketika menakluk sesebuah negara tidak memusuhi budaya masyarakat itu yang tidak bercanggah syariah.


Hari Ibu bukannya suatu 'serangan budaya' seperti Hari Valentine. Operasional Hari Valentine akan membawa sepasang kekasih mendekati zina. Manakala, operasional Hari Ibu akan membawa seorang anak yang mungkin sibuk dengan dunianya, 'tersentap' merindui dan mengenang semula semua jasa-jasa ibu. Meskipun setiap hari dia memang perlu menyayangi ibunya. Lumrah manusia sering terlupa untuk menghargai.


Oleh sebab itu, saya lebih tenang bersama dengan golongan yang berpendapat HARI IBU ADALAH HARUS, selagi operasionalnya patuh piawaian syariah.



Saya juga terjumpa status ini di facebook..




Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada mak saya. 

Maaf taknak dedahkan nama mak atas sebab2 tertentu.. 

Walaupun banyak salah dan silap Along pada mak, tapi mak tetap di hati Along..

( Mengalir air mata taip ayat di atas. Sebak. Lagi-lagi citer pasal mak ni. )

Ingat lagi waktu pertama kali saya dan adik-adik sambut hari ibu.. Masa ni saya masih belajar di Institut komuniti dan baru belajar buat laman web.

Saya buat satu laman web khas untuk mak sempena hari ibu..  Hias cantik-cantik. Taip macam-macam ucapan untuk mak..

Bila dah siap dan sampai tarikh hari ibu, saya panggil adik-adik saya dan mak duduk depan komputer yang berada dalam bilik saya masa tu..

Saya tunjuk kat mak satu-persatu dan mak baca.. Yerlah nak suruh mak klik sendiri, mana mak reti..

Bila mak dah abis baca, rasanya tak sempat nak ucap Selamat Hari Ibu kot, mak terus bangun keluar dari bilik saya. Tak tahulah kot mak sebak ke masa tu.. Wallahu 'aklam...


Inilah sambutan pertama kami untuk mak sempena hari ibu. Lepas tu, tahun-tahun berikutnya, kami just bagi hadiah untuk mak.. Kebanyakannya selalu bagi hadiah kain ela jer kat mak.. Kadang-kadang terus jahitkan untuk mak..


Untuk tahun 2013, jujurnya saya belum lagi bagi hadiah pada mak. Ingat dah taknak bagi hadiah kain ela. Nak bagi hadiah lain pula. Tengah fikir nak bagi apa. Tapi saya dah ucapkan Selamat Hari Ibu kat mak.. cium tangan dan cium pipi mak.. Mak pula yang lebih-lebih cium pipi saya.. Adeh.. sebak lagi time ni.. Maklumlah saya ni jenis sensitif sikit orangnya.. 


Apapun, hadiah yang paling bernilai adalah doa daripada anak-anak yang soleh.. Terutamanya  pada mereka yang telah kematian ibu. Panjatkan doa serta sedekahkan Al-fatihah dan Yaa sin untuk arwah ibu. Tapi selagi ibu masih hidup pun perlu juga kita panjatkan doa dan sedekahkan Al-fatihah dan Yaa sin..











I love my mom...



Monday, 6 May 2013

PRU 13 yang hangat dan sengit


Setelah sekian lama orang asyik bertanyakan bila nak mengundi, akhirnya pada 5. Mei 2013, Pilihan Raya Umum yang ke 13 telah dijalankan.


Dan saya buat kali pertama telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia. Alhamdulillah... Bangga.. Gembira.. Semua ada..


Perasaan saya mula-mula nak mengundi rasa bersemangat bercampur debar. Debar sebab baru kali pertama mengundi. Tak tahu macam mana nak mengundi.. Sebelum ni tengok kat televisyen jer suasana mengundi.


Saya mengundi di Dun Dusun Tua dan Parlimen Hulu Langat..



Suasana sebelum hari mengundi di tempat tinggal saya.








Undilah Barisan Nasional






Undilah Pas.



Suasana pada hari mengundi.


Check nama. Teringat kenangan masa sertai Puteri Umno dulu.. Check nama orang yang nak mengundi.. Tahun 2003 / 2004 dulu. Lama dah.

Suasana pada waktu pagi. Ingatkan tak ramai lagi orang. Masuk dalam tengok orang beratur panjang. Huhu..

Firstime mengundi kena pergi kat Saluran 4..


Bukti i dah mengundi.. Mak cakap naper tak guna dakwat merah. Kan cantik. Dari jauh orang dah nampak. Hihi..


Pada hari ini saya tak tengok lagi surat khabar.. Hanya bertanyakan kawan melalui sms..


Keputusannya :-

Negeri di bawah Barisan Nasional.

1) Pahang.
2) Johor.
3) Melaka.
4) Kedah ( PR menang kiraan pertama )
5) Terengganu ( PR menang kiraan pertama )
6) Negeri Sembilan.
7) Sabah.
8) Sarawak.
9) Perak ( PR menang kiraan pertama )
10) Perlis ( PR menang kiraan pertama )


Negeri di bawah Pakatan Rakyat :-

1) Selangor. 
2) Penang
3) Kelantan


Menang atau kalah, terima dengan hati yang terbuka. Harap parti yang menang dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan untuk keharmonian rakyat, negeri dan Malaysia..


Jom berdamai.. 
jangan bergaduh sebab parti..
Kita Rakyat Malaysia..



Pergi pesta buku PWTC kali kedua



Walaupun dinyatakan pesta buku di PWTC berlangsung sehingga 5. Mei. 2013, tapi bagi menghormati PRU 13, jadi pesta buku hanya berlangsung sehingga 4. Mei. 2013.


Dan buat kali kedua pada tahun ini, pada 4. Mei. 2013, hari terakhir pesta buku, saya menjejakkan kaki lagi ke pesta buku. Maknanya saya pergi 2 kali lah tahun ini ke pesta buku. Hari ini dalam sejarah. Tahun tahun sebelum ini pergi sekali jer.. 


Nak tahu kenapa saya bertekad nak pergi lagi kali kedua ke pesta buku  tahun ini?


Sebabnya saya naaaakkk dapatkan sangat buku penulis Hilal Asyraf. Saya tak pernah ada koleksi buku daripada beliau. Sebab tu teringin nak dapatkan.. 


Mula-mula nak pergi seorang diri, sebab ajak rakan yang rapat, diorang semua taknak pergi.. Diorang ada hal masing-masing.. Tapi last minit, kakak kat subang (bukan kakak kandung tapi kawan berpangkat kakak) nak join sekali. Pucuk dicita ulam mendatang. So, pergilah dengan kak Ros.


Saya hanya beli 3 buah buku daripada Penulis Hilal Asyraf dan Ustazah Norlaila Aniza jer..









Senarai buku penulis Hilal Asyraf..




Gambar di PWTC.



Singgah di Galeri Ilmu dan Sinergi Ilmu untuk dapatkan buku-buku yang saya beli di atas. 

Suka pergi ke sudut ini. Saya suka melihat lukisan. Saya mencintai lukisan walaupun tak pandai melukis. 

Nak tempah lukisan pun tak boleh. Asal pergi je mesti ada orang. Malas nak menunggu.

Barisan pelukis



Cantik kan.. rasa nak kidnap semua sekali.. hehe.. gurau jer.. 

Singgah makan di Mc D. Lapar beb..

Bersama Kak ros..


Tahun depan pergi lagi... Insya Allah kalau masih diberi ruang bernafas..


Tempahan hantaran



Hantaran ini dibuat juga oleh sahabat saya, Sazarizan..

Sesiapa yang nak tempah boleh terus email ke alamat email beliau.. 

sazarizan@yahoo.com



Gambar hantaran pertama.
















Gambar hantaran kedua.